(VIDEO) “Ikut Suka Dia Je”- Netizen Kecam Pemandu Tak Peka Suka Hati Buka Pintu Kereta Sebabkan ‘Rider’ Jatuh

Kehidupan

(VIDEO) “Ikut Suka Dia Je”- Netizen Kecam Pemandu Tak Peka Suka Hati Buka Pintu Kereta Sebabkan ‘Rider’ Jatuh

Penunggang motosikal sememangnya memerlukan kepekaan yang tinggi semasa menggunakan jalan raya kerana lebih terdedah kepada bahaya berbanding mereka yang memandu kereta.

Akan tetapi malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan betapa berhati-hatinya seseorang individu itu.

Advertisement

Itulah yang boleh dikaitkan dengan nasib seorang ‘rider’ servis penghantaran makanan apabila dia terlibat kemalangan kerana kecuaian orang lain.

Dalam rakaman kamera litar tertutup  (CCTV) yang dimuat naik di Facebook, video memaparkan seorang pemandu Perodua Axia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

Akan tetapi, selepas kenderaan diberhentikan, pemandu yang tidak peka dengan keadaan sekitar tiba-tiba membuka pintu keretanya membuatkan seorang penunggang yang lalu berdekatan terjatuh di tempat kejadian.

Selain itu, dapat juga dilihat ramai orang yang datang berkumpul di tempat kejadian bagi membantu mangsa berkenaan.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan pemandu tersebut yang tidak berhati-hati dan tidak peka dengan keadaan sekeliling serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

wanita meninggal dunia masa buat live FB
5 bulan lalu

(VIDEO) 3 Sekeluarga Kemalangan Disondol SUV, Detik 'Akhir' Sempat Dirakam Dalam Live FB Si Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...