(VIDEO) Hon Sebab Leka, Nazrief Nazri Bengang Kena Tunjuk ‘F*ck’ Dengan Penunggang Motosikal

Kehidupan

(VIDEO) Hon Sebab Leka, Nazrief Nazri Bengang Kena Tunjuk ‘F*ck’ Dengan Penunggang Motosikal

Baru-baru ini, pelakon Nazrief Nazri berkongsi pengalaman berhadapan dengan seorang penunggang motosikal yang berlagak samseng di jalan raya.

Dalam entrinya di Instagram, Nazrief, 31, menunjukkan sikap biadap penunggang motosikal menunjukkan isyarat lucah ke arahnya hanya kerana di hon sebanyak dua kali kerana leka ketika lampu isyarat bertukar hijau.

Advertisement

Nazrief turut menerangkan lebih lanjut kejadian berikut di ruangan ‘caption’ Instagramnya tentang penunggang motosikal yang mengekori dan mengetuk cermin keretanya apabila sampai di salah satu lampu isyarat.

Pelakon itu turut menyuruh isterinya merakam perkara berkenaan sebagai langkah keselamatan dan dia juga turut bertimbang rasa meminta maaf kepada lelaki tersebut tetapi masih ditengking.

Selain itu, Nazrief menyatakan bahawa perkongsian itu dibuat sebagai cara menghentikan sikap biadap di atas jalan raya dan berharap pengguna jalan raya mengamalkan sikap sopan-santun kerana setiap perkara boleh dibincang dengan cara baik.

pukul
2 years ago

(VIDEO) "Samseng Betul" - Ditegur Halang Laluan, Pemandu 'Naik Angin' Pukul Penunggang Motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...