(VIDEO) Heartless Motherf***** – Caprice Bengang Dan Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi

Hiburan

(VIDEO) Heartless Motherf***** – Caprice Bengang Dan Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi

Nampaknya minggu ini  penyanyi Haqiem Rusli terus mendapat perhatian ramai. Semuanya gara-gara dia dikatakan menipu mempunyai tekanan perasaan ataupun depresi hanya untuk dijadikan gimik bersempena dengan pelancaran lagu terbarunya.

Advertisement

Pernah memberikan kata-kata sokongan ikhlas dari hatinya buat Haqiem yang kononnya ingin berhenti menyanyi kerana mengalami masalah depresi, Caprice menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya tidak dapat membendung lagi rasa amarahnya dan menyampaikan pesanan yang cukup padu buat Haqiem dan pengurusannya.

Terasa dirinya tertipu, Caprice dengan kata-kata yang agak kasar menganggap perbuatan Haqiem itu tidak wajar dan sebenarnya memberikan impak besar terhadap orang lain yang benar-benar mengalami masalah kemurungan. Penyakit itu amat berbahaya dan tidak boleh dibawa main-main kerana ia merupakan pembunuh senyap.

Terdahulu, memang ada timbul gosip mengatakan Haqiem mempunyai masalah ‘attitude’ sejak memenangi salah satu anugerah di AJL 32 dan pernah juga tiba-tiba mencetuskan sedikit pergaduhan dengan seorang penyanyi yang didakwa menciplak lagunya.

Baru sahaja meningkat naik dalam bidang nyanyian, Haqiem sudah terlibat dengan pelbagai kontroversi. Paling teruk apabila mempergunakan artis lain dan menipu orang ramai hanya untuk meraih publisiti dan melariskan single terbarunya. Apa gunanya gimik murahan jika selepas ini tiada orang yang ingin percaya lagi pada anda? Bakat sahaja tidak cukup untuk kekal dalam industri hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...