(VIDEO) “Harap Dikenakan Tindakan Keras”- Lelaki ‘Kaki Botol’ Didakwa Dera Dan Potong Ekor Anjing

Kehidupan

(VIDEO) “Harap Dikenakan Tindakan Keras”- Lelaki ‘Kaki Botol’ Didakwa Dera Dan Potong Ekor Anjing

Tular di media sosial tentang seorang lelaki yang dikatakan melakukan penderaan terhadap haiwan dalam kejadian yang berlaku di Perak.

Isu itu dikongsikan di Facebook oleh persatuan menyelamat haiwan atau lebih dikenali sebagai Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR).

Advertisement

Dalam video yang dimuat naik, dapat didengari suara lelaki tersebut menjerit dan suara anjing yang seakan-akan meraung kesakitan.

Selain dakwaan mendera kedua-dua anjing setiap hari, MIAR juga menyatakan bahawa lelaki yang merupakan seorang ‘kaki botol’ itu turut memotong ekor kedua anjing berkenaan.

Dalam pada itu, MIAR telahpun membuat laporan polis dan difahamkan dua anggota polis berserta kenderaan untuk membawa haiwan ataupun ‘pet taxi‘ telah dihantar ke lokasi kejadian.

Kedua-dua anjing telah berjaya diselamatkan dan laporan susulan telahpun dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak tentang kejadian berikut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa marah dengan perbuatan lelaki itu dan berharap tindakan keras akan dikenakan kepada si pelaku.

penyu
2 years ago

(VIDEO) "Aniaya Haiwan!" - Tarik Penyu Ke Permukaan Air, Lelaki Ini Teruk Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...