(VIDEO) Gurau Kasar Persenda Kaki Sherry Al Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dikecam Netizen

Hiburan

(VIDEO) Gurau Kasar Persenda Kaki Sherry Al Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dikecam Netizen

Bersempena dengan jualan mega 11.11 sebuah portal membeli belah atas talian terkenal telah mengadakan konsert khas. Antara artis yang dijemput untuk membuat persembahan adalah Ayda Jebat.

Advertisement

Bagaimanapun, bukan persembahan Ayda yang menarik perhatian tetapi  gurauan beliau yang dikatakan agak kasar ketika temu bual ‘backstage’ bersama hos Sherry Al Hadad.

Selepas rancak berborak timbul pula topik berkaitan lumba lari, Ayda ada berkata beliau tidak mungkin akan menjuarai pertandingan seperti itu kerana kakinya pendek. Pada masa yang sama beliau juga mengatakan Sherry  juga tidak boleh berlari kerana mempunyai saiz kaki yang gemuk.

Apa yang dikatakan Ayda itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menganggap tindakan selebriti itu agak kurang ajar dan seakan ‘body shaming’ Sherry.

Netizen tuntut Ayda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sherry kerana memalukan hos tersebut ketika siaran secara langsung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...