(VIDEO) Gara-Gara Main Telefon Ibu, Anak Terbeli Televisyen 86 Inci Secara Tak Sengaja

Kehidupan

(VIDEO) Gara-Gara Main Telefon Ibu, Anak Terbeli Televisyen 86 Inci Secara Tak Sengaja

Zaman sekarang memang mudah untuk kita membeli belah kerana semuanya hanya atas talian, tekan-tekan saja di telefon bimbit, esoknya dah sampai di hadapan rumah!

Advertisement

Tular di media sosial apabila video memaparkan dua gelagat kanak-kanak sedang menangis kerana telah membeli sebuah televisyen secara tidak sengaja.

Kejadian yang berlaku di luar negara itu telah mencuit hati warga maya kerana si cilik itu dikatakan telah menggunakan telefon bimbit ibu mereka dan ‘tak sengaja’ telah memesan sebuah televisyen pula!

Dalam video tersebut, kedua kanak-kanak itu dilihat sedang menangis sambil menekup muka kerana dimarahi ibu mereka. Turut terlihat sebuah televisyen bersaiz mega di sisi dipercayai ‘bahan bukti’ pembelian.

Difahamkan, televisyen jenama LG itu bersaiz 86 inci dan berharga sekitar RM10,000 dan pastinya telah mengundang kemarahan si ibu.

Namun, sebenarnya video tersebut hanyalah untuk ‘content’ dan hiburan semata-mata namun apa yang nak disampaikan di sini ialah ibu bapa kenalah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak masing-masing, mana tahu ada barang sampai pula nanti kan?

viral pensyarah hina pelajar b40
2 years ago

Pelajar Dihina Hanya Kerana Tiada Laptop, Kenyataan Pensyarah Perlekeh B40 Buat Netizen 'Panas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...