(VIDEO) Gara-Gara Elak Bayar Tol, Pemandu Ini Ikut Rapat Sampai Langgar Kereta Orang Lain

Kehidupan

(VIDEO) Gara-Gara Elak Bayar Tol, Pemandu Ini Ikut Rapat Sampai Langgar Kereta Orang Lain

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video perkongsian daripada seorang pengguna dikenali sebagai Nizam Mokhtar yang memaparkan seorang pemandu yang mengelak membayar tol sehingga membahayakan kenderaan lain.

Menerusi video rakaman dashcam tersebut, dilihat pemandu itu cuba untuk mengikut rapat kereta dihadapannya dipercayai bagi mengelak membayar tol.

Advertisement

Pemilik video berkenaan kemudiannya cuba menghalang perbuatan pemandu tersebut dengan memperlahankan kenderaannya namun dilanggar oleh pemandu tersebut.

tol

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tak ada tindakan apa-apa ke atas mereka macam ni?? Cctv kan ada.. kasi saman la,” tulis seorang netizen.

“Tak ada duit bawa motor je lah. Hidup kalau sehari tak menyusahkan hidup orang lain tak boleh kot,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sunway
2 years ago

(VIDEO) "Boleh Runtuh Ni.." - Netizen Cuak Tengok Keadaan Terkini Parking Bawah 'Ice Skating' Mall Terkenal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...