(VIDEO) Gaduh Sakan Dengan ‘Teman Lelaki’ Di Pavillion : Safiey Illias Bikin Gimik Lagi?

Hiburan

(VIDEO) Gaduh Sakan Dengan ‘Teman Lelaki’ Di Pavillion : Safiey Illias Bikin Gimik Lagi?

Drama pergaduhan Safiey Illias dan ‘teman lelakinya’ Syah James nampaknya masih lagi hangat. Semalam, Safiey ada memuat naik video mereka bergaduh sakan di pusat membeli belah Pavillion. Difahamkan, mereka ketika itu menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018.

Advertisement

Ramai juga yang tertarik dengan aksi mereka berdua ini. Iyalah, lelaki bergaduh dengan lelaki yang berpakaian seperti wanita sehingga ada adegan Safiey melempar barang kepada Syah dan menerajang kakinya.

Ada yang sempat mengusik Safiey dan Syah yang kelihatan memakai pakaian yang sedondon. Kata netizen, mereka masih lagi menyayangi antara satu sama lain. Namun, ada juga sudah bosan melayan kisah mereka ini.

Rata-rata yang melihat video di atas mengatakan apa yang berlaku cumalah lakonan semata-mata dan hanyalah gimik untuk tujuan ‘marketing’.  Segala drama murahan ini hanya mengundang kecaman netizen. Harapnya satu hari nanti Safiey akan diberikan hidayah untuk betul-betul kembali ke pangkal jalan menjadi seorang lelaki sejati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...