Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil hari ini mendapat liputan luas media apabila mendakwa dirinya pernah ditawarkan sejumlah wang yang agak besar iaitu RM 5 juta hanya untuk memaafkan pemimpin daripada kerajaan terdahulu.
Pengakuan itu dibuat oleh Farid semasa menjadi tetamu jemputan untuk sebuah program bual bicara di sebuah stesen televisyen.
Tidak menafikan jumlah tersebut amat luar biasa hanya untuk memaafkan seseorang, Farid bagaimanapun mempunyai pendirian tersendiri dan menolak tawaran tersebut.