(VIDEO) Erra Fazira Bangga Anak Dah Pandai Tanak Nasi, Sekali Bila Buka Periuk..

Hiburan

(VIDEO) Erra Fazira Bangga Anak Dah Pandai Tanak Nasi, Sekali Bila Buka Periuk..

Berpewatakan selamba dan lemah lembut, Erra Fazira merupakan salah seorang artis tempatan yang mempunyai ramai pengikut di Instagram. Selain berkongsi perkembangan kerjaya seni dan perniagaannya, Erra juga gemar memuat naik  video mengusik anak tunggalnya, Engku Aleesya.

3 years ago

Erra Fazira Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W Dalam Mendidik Anak

Advertisement

Baru-baru ini, Erra menyahut cabaran ‘prank’ anak menceritakan rutin harian di rumah. Aleesya yang tidak tahan dengan ‘penipuan’ ibu terpaksa membocorkan rahsia kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Terbaru, pelakon Gerak Khas ini berkata Aleesya dengan bangganya memaklumkan dia sudah pandai masak nasi pada usia 12 tahun. Berikutan itu, Erra menyerahkan tugasan menanak nasi kepada anak sementara dia memasak lauk pauk ringkas. Namun, apabila membuka periuk, Erra mendapati beras masih dalam keadaan kering.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Moment ni akan ku kenang sampai bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasik. Sekaliiiii bila time nak makan.. bukak-bukak periuk.. dia lupa masuk air daaa .. takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak.

Alahaiii anakkk.. its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi k.

Berasa malu dengan kejadian tersebut, Engku Aleesya melarang ibu memuat naik video di Instagram. Namun Erra menjelaskan itu adalah momen paling manis yang akan dikenangi sampai bila-bila.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Erra Fazira

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...