(VIDEO) Eina Azman Dipuji Baik Hati, Tempah Hotel Selama Dua Bulan Untuk Bibik Sakit Berehat

Hiburan

(VIDEO) Eina Azman Dipuji Baik Hati, Tempah Hotel Selama Dua Bulan Untuk Bibik Sakit Berehat

Baru-baru ini hangat dengan berita seorang Datin yang dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk. Sejak daripada kes viral itu, ada masyarakat yang memandang negatif bahawa golongan kaya raya ini menjadikan pembantu seperti hamba abdi mereka.

Advertisement

Namun, tidak semua begitu. Contohnya, Datin Paduka Eina Azman, kalau anda merupakan pengikut Instagram beliau, pasti anda tahu betapa mesranya Eina bersama pembantu rumahnya dan melayan mereka dengan baik ibarat keluarga sendiri.

Terbaru, video Eina bertemu dengan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Poji mencuri perhatian netizen kerana Eina sanggup menempah hotel selama dua bulan untuk Bik Poji yang perlu direhatkan kerana dijangkiti penyakit TB.

Tindakan Eina yang memeluk erat dan melepaskan rasa rindunya terhadap pembantu rumah itu juga membuatan netizen memuji betapa baiknya hati beliau sebagai seorang majikan.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar Eina dan suami diberkati Allah SWT dan dilimpahkan dengan rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan. Sememangnya Eina boleh dijadikan contoh buat majikan lain di luar sana. Kata orang kalau kita berbuat baik sesama manusia pasti kita akan dibalas dengan kebaikan juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...