(VIDEO) Dituduh Curi Telefon Bimbit, Lelaki ‘Dibantai’ Sekumpulan Penunggang Motosikal

Kehidupan

(VIDEO) Dituduh Curi Telefon Bimbit, Lelaki ‘Dibantai’ Sekumpulan Penunggang Motosikal

Baru-baru ini tular, video dan gambar yang memaparkan sekumpulan individu bertindak ganas dengan mengejar dan mengepung sebuah kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki.

Menurut laporan Kosmo, lelaki tersebut dituduh mencuri telefon bimbit menyebabkan dia dikejar sekumpulan penunggang motosikal sehingga kereta dipandu mangsa melanggar sebuah kenderaan lain.

Advertisement

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian di hadapan sebuah restoran di Station 18 berkenaan.

station 18

Pihak polis mengesan satu hantaran dalam media sosial berkaitan pergaduhan yang berlaku di kawasan Station 18.

Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat pada pukul 11.51 malam. Punca kejadian akibat salah faham dan kecurian telefon bimbit oleh mangsa yang tidak dapat dibuktikan.

Kereta mangsa telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi dan kon plastik serta batu.

Ekoran kejadian itu, pihak polis telah menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Surat Neil Armstrong
2 years ago

Jadi Tumpuan Netizen, Surat Neil Armstrong Masuk Islam Selepas Dengar Azan Di Bulan Kembali Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...