(VIDEO) Dikecam Bergambar Dengan Husky, Nabila Huda Bidas Teguran PU Syed

Hiburan

(VIDEO) Dikecam Bergambar Dengan Husky, Nabila Huda Bidas Teguran PU Syed

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed kerana bergambar dengan seekor anjing baka Husky. PU Syed kecewa dengan sikap golongan artis yang semakin menjadi-jadi membuat perkara haram dengan sedar. Menormalisasikan dosa sangat bahaya dan turut mengatakan Nabila tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut kerana bimbang boleh mengundang fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

nabila huda bidas teguran pu syed

Advertisement

Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif kepada masyarakat, Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya membidas teguran PU Syed.

“Masalah awak ni apa?”

 

 

Nabila menjelaskan dia memegang Husky dalam keadaan kering dan telah samak selepas itu.

nabila huda

Pada Nabila, setiap apa yang dimuat naik dalam media sosial itu adalah hak individu. Tambahnya lagi, dia merasakan teguran yang diberikan oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan menganggap pendakwah bebas itu hanya ingin meraih populariti sahaja.

“Itu bukan teguran, itu judge. Saya

explain apa yang saya rasa.”

nabila huda bidas teguran pu syedRata-rata netizen yang melihat video tersebut menyifatkan Nabila tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Namun, aktres itu tetap bertegas dengan pendiriannya, hanya meluahkan apa yang dirasakan. Dia juga mempunyai hak untuk bersuara.

nabila huda pu syedTerdahulu, Nabila menjelaskan tindakannya memuat naik foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dan menyeru agar orang ramai menyayangi haiwan termasuklah anjing. Nabila berkata, dia tahu memegang anjing itu haram tetapi ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...