(VIDEO) Dihimpit Kontroversi, Ziana Zain Sebak Dan Menangis Ketika Persembahan

Hiburan

(VIDEO) Dihimpit Kontroversi, Ziana Zain Sebak Dan Menangis Ketika Persembahan

Dihimpit dengan kontroversi serta pelbagai kritikan akibat daripada krisis rumah tangga yang sedang dihadapi, penyanyi Ziana Zain dilihat tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu sebak ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih pada majlis Mood Republic Awards Gala Night.

Advertisement

Suasana ketika itu menjadi pilu dan tidak dinafikan betapa mendalamnya maksud lagu tersebut dengan apa yang sedang berlaku kepada diri Ziana.

Dalam nada sedih, Ziana berkata hidup perlu diteruskan dan sebagai seorang selebriti beliau tetap harus memberikan fokus kepada kerjayanya. Ziana juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan beliau kata-kata semangat.

Ketika ini, hati Ziana sedang menanggung pelbagai kesedihan yang beliau sendiri tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Kami berdoa beliau akan terus kuat menghadapi ujian dalam hidupnya.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...