Dihimpit dengan kontroversi serta pelbagai kritikan akibat daripada krisis rumah tangga yang sedang dihadapi, penyanyi Ziana Zain dilihat tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu sebak ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih pada majlis Mood Republic Awards Gala Night.
Suasana ketika itu menjadi pilu dan tidak dinafikan betapa mendalamnya maksud lagu tersebut dengan apa yang sedang berlaku kepada diri Ziana.
Dalam nada sedih, Ziana berkata hidup perlu diteruskan dan sebagai seorang selebriti beliau tetap harus memberikan fokus kepada kerjayanya. Ziana juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan beliau kata-kata semangat.