(VIDEO) Diceraikan Ketika Hamil 8 Bulan, Jahitan Terbuka Tanpa Bius, Wanita Tabah Demi Anak

Kehidupan

(VIDEO) Diceraikan Ketika Hamil 8 Bulan, Jahitan Terbuka Tanpa Bius, Wanita Tabah Demi Anak

Biarpun berat untuk seorang wanita untuk menjalani ujian dalam kehidupan bertubi-tubi tanpa suami disisi, dia perlu harungi segalanya dengan tabah dan redha demi membesarkan anak tercinta.

Sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini, beliau menceritakan segala rintangan yang terpaksa ditempuhinya secara seorang diri.

Advertisement

Difahamkan melalui video yang dikongsikan itu, beliau telah diceraikan oleh sang suami ketika sedang sarat mengandung lapan bulan dan terpaksa melahirkan anak secara czer (pembedahan) kerana dijangkiti COVID-19.

Tidak terhenti disitu saja ujian yang dihadapi, wanita ini juga tidak dibenarkan untuk melihat anaknya selama 10 hari atas sebab kesihatannya ketika itu.

Tambahan lagi, wanita cekal ini turut diuji apabila dirinya dimasukkan ke dalam wad dan jahitannya terbuka tanpa sebarang ubat bius serta disahkan menghidap batu karang hempedu.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sebak apabila mengetahui cerita ini dan tidak lupa menitipkan doa buat wanita ini untuk kekal tabah menjalani hari-hari yang akan datang.

komen tiktokSumber : TikTok 

11 bulan lalu

"Tengok Pun Tahu Bukan Mentua Yang Baik" - Rebut Anak Dengan 'Ex' Mentua Sampai Ditarik Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...