(VIDEO) “Datanglah Awal…” – Lelaki Sanggup Tunggu Dari Pukul 9 Pagi Semata-Mata Untuk Nasi Arab Chef Ammar

Kehidupan

(VIDEO) “Datanglah Awal…” – Lelaki Sanggup Tunggu Dari Pukul 9 Pagi Semata-Mata Untuk Nasi Arab Chef Ammar

Sepanjang Ramadan, nama Chef Ammar tidak lagi asing dalam rakyat Malaysia. Bermula dengan kes harga nasi arab lamb shank yang dianggap mahal dan dijual dengan harga ‘Tel Aviv’ sehingga orang beratur panjang dan bergaduh hanya untuk mencuba nasi arab viral itu.

Oleh kerana demand terhadap makanan itu sangat tinggi, banyak berita dan isu muncul berkenaan Chef Ammar sehingga baru-baru ini salah satu cawangannya di USJ ditutup kerana didakwa telah disihir.

Advertisement

Tetapi kali ini buat pertama kalinya, video yang tidak berkenaan sesuatu negatif  tentang perniagaan Chef Ammar muncul di TikTok. Video itu merupakan ‘tutorial’ bagaimana untuk menjadi pelanggan pertama membeli makanan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @tokzacx, dia berkongsi pengalamannya bagaimana dia menjadi pembeli pertama nasi arab di bazar Ramadan Shah Alam.

Dalam video itu, lelaki itu dilihat tiba di bazar seawal pukul 9:47 pagi dan pada waktu lelaki itu tiba di tapak bazar kawasan masih lagi kosong. Tetapi selepas beberapa jam orang mulai berpusu-pusu datang beratur di gerai Chef Ammar.

2 years ago

(VIDEO) "Jangan Ingat Bulan Puasa Takde Orang Buat Benda Terkutuk"- Bazar Chef Ammar Di USJ Ditutup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...