(VIDEO) “Dasar Pemalas!” – Pekerja Kedai Minyak Wangi Terkenal Didakwa Layan ‘Customer’ Macam Tak Ada Duit

Kehidupan

(VIDEO) “Dasar Pemalas!” – Pekerja Kedai Minyak Wangi Terkenal Didakwa Layan ‘Customer’ Macam Tak Ada Duit

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang pekerja di sebuah kedai minyak wangi terkenal.

Menerusi video tersebut, dilihat pemilik video yang juga merupakan pelanggan telah datang untuk membeli minyak wangi di kedai tersebut namun telah dihalau keluar oleh pekerja tersebut.

Advertisement

Difahamkan, pekerja tersebut menghalaunya keluar kerana didakwa tidak mengimbas MySejahtera. Namun, menurut wanita itu sebenarnya dia sudah pun mengimbasnya sebelum memasuki kedai.

bbw

Jangan layan customer macam tak ada duit la yer dasar pemalas.

Malah, wanita itu juga mendakwa pekerja itu juga telah memberi layanan seperti pelanggan yang datang tidak mempunyai duit untuk membeli di kedai minyak wangi tersebut.

@ychoong1

@bathandbodyworks u tengok staff u halau kita sebab kata kite tak scan padahal saya sudah scan outlet puchong ioi mall #fyp #fypage #fyp??viral #bathandbodyworks

? bunyi asal – Berbawang merah – Berbawang merah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan wanita itu kerana ramai pelangan yang pernah mengalami situasi yang sama.

Weh kakak aku baru kena dua hari lepas, minggu lepas aku kena – Netizen.

Sebab tu I suka beli online. Sebab I malas jumpa orang macam ni. Padahal kerja makan gaji je. Kita membeli ni banyak duit dari dia berkerja,” tulis seorang pelanggan.

Tengok masa tu awak pakai apa? Maksud saya imej awak masa tu. Actually pekerja tu tak patut layan even tho customer pakai selipar jepun je,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kantoi curang
2 years ago

(VIDEO) “Aku Tak Kira Allah Ke Apa..” - Kantoi Curang, Netizen Geram Si Suami Siap Gelak Sarkastik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...