(VIDEO) Dapat ‘Golden Buzzer’ Dari Simon Cowell, Gadis OKU Penglihatan Jadi Kebanggaan Indonesia

Trending

(VIDEO) Dapat ‘Golden Buzzer’ Dari Simon Cowell, Gadis OKU Penglihatan Jadi Kebanggaan Indonesia

Seorang gadis cacat penglihatan yang berasal dari Indonesia iaitu Putri Ariani telah mendapat perhatian dunia selepas menyertai ujibakat pertandingan realiti, America’S Got Talent (AGT).

Menerusi video yang tular di media sosial, Putri menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Loneliness dan Sorry Seems To Be The Hardest Word nyanyian Elton John.

Advertisement

Terpegun dengan bakatnya, gadis berusia 17 tahun itu mendapat ‘standing ovation’ daripada para penonton yang hadir dan memukau keempat-empat juri.

Bukan itu sahaja, Putri juga berjaya mendapat ‘golden buzzer’ daripada Simon Cowell yang terkenal dengan sifat dingin dan merupakan juri yang sangat tegas di dalam pertandingan itu.

Dalam pada itu, gadis berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Simon kerana telah membuatkan impiannya menjadi kenyataan.

Impian saya adalah menjadi diva terbesar di dunia seperti Whitney Houston dan memenangi Grammy Award.

Malah, Simon juga mengakui Putri adalah salah seorang penyanyi terbaik yang pernah mereka miliki dalam AGT.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

(VIDEO) "F*ck You, Malaysia" - Hina Negara & MH370, Pelawak Singapura Anggap Netizen Terlalu Serius

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...