(VIDEO) “Dah Sampai Pintu Tutup” – Netizen Sedih Warga Asing Penat Kejar Bas, RapidKL Buat Siasatan Lanjut

Kehidupan

(VIDEO) “Dah Sampai Pintu Tutup” – Netizen Sedih Warga Asing Penat Kejar Bas, RapidKL Buat Siasatan Lanjut

Satu perkongsian di media sosial Twitter telah mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada netizen apabila individu itu mendakwa pemandu bas RapidKL telah bertindak menutup pintu dan menghiraukan kehadiran penumpang yang sudah berada di depan pintu.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur sekitar jam 3 petang pada hari Sabtu lalu.

Advertisement
rapidKLSumber : Twitter  

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut menyertakan sekeping gambar memaparkan seorang lelaki yang sedang duduk termenung melihat bas berlalu pergi.

Perkara tersebut telah membuatkan pengendali akaun Twitter rasmi @AskRapidKL yang bertanyakan info lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Namun begitu, tindakan syarikat bas berkenaan itu dikritik warga maya yang mendakwa tiada tindakan sewajarnya dilakukan terhadap sesetengah pemandu bas bawah kendalian mereka yang bersikap kurang ajar.

Sejujurnya, tindakan yang mereka akan buat ialah setakat lapor dan simpan. Paling teruk pun mereka akan tukar pemandu tersebut ke laluan lain.

Sehubungan dengan itu, pihak RapidKL hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan siasatan serta merta untuk mengenal pasti kapten bas terbabit agar tindakan susulan dapat diambil.

RapidKL turut memohon maaf di atas kejadian tersebut dan memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang di masa hadapan.

mercun tepi jalan
8 bulan lalu

“Dah Tua Pun B*doh..”- Sekumpulan Lelaki Dikecam Netizen Kerana Main Mercun Tepi Jalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    April 11, 2022 at 5:14 pm

    aku bila kne hon dgn driver bas rapid kurang ajar, aku just ckp dlm hati, patut laa taraf ko bawak bas je.
    perangai pun taraf gitu

    jgn terasa pemandu2 bas lain yg beradab dan berhemah

Loading...