(VIDEO) “Cermin Je..” – Tingkap Kereta Pecah Terkena Batu, Lelaki Tak Marah Pemotong Rumput Dipuji Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Cermin Je..” – Tingkap Kereta Pecah Terkena Batu, Lelaki Tak Marah Pemotong Rumput Dipuji Netizen

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Syamim Zamri yang memaparkan keadaan cermin tingkap keretanya yang pecah.

Menerusi video tersebut, Syamim yang pada mulanya sedang memandu kereta di atas jalan raya terkejut apabila cermin tingkap terkena batu gara-gara pekerja mesin rumput.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila lelaki itu langsung tidak memarahi pekerja itu malah memaafkannya kerana berasa simpati melihat penat lelah pemotong rumput yang gigih membersihkan kawasan tersebut.

cermin

Saya tahu abang tak sengaja, terima kasih abang potongkan rumput, kalau abang tak ada siapa lagi nak potongkan. Jangan risau cermin je, yang pecah tak ada apa-apa pun.

Malah, dia juga tidak sanggup untuk meminta ganti rugi kerana risau pekerja itu akan dipotong gaji atau lebih teruk dipecat oleh majikannya.

@syamimzamri93

Saya Ingatkan kena Tembak … ??

? bunyi asal – So7ea? – ?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni lelaki itu yang masih mampu bersabar dengan dugaan yang dihadapi dan bersimpati terhadap keadaan orang lain.

Baiknya awak, tak semua orang macam ni. – Netizen.

Boleh claim tapi dia akan hilang kerja member saya dah kena,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr izzar
6 bulan lalu

"Sembuh Sendiri" - Ramai 'Claim' Jual Ubat Rawat HFMD, Dr Izzar Pesan Ibu Bapa Jangan Mudah Tertipu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...