(VIDEO) Cara Macam Nak Gaduh, Pengantin Wanita Jalan Ala ‘Gangster’ Buat Netizen Geli Hati

Kehidupan

(VIDEO) Cara Macam Nak Gaduh, Pengantin Wanita Jalan Ala ‘Gangster’ Buat Netizen Geli Hati

Ketika tibanya hari persandingan, sudah pasti pengantin ingin memakai busana cantik terutamanya buat pengantin perempuan dimana mereka mahu kecantikan mereka lebih terserlah pada hari bersejarah itu.

Sudah menjadi kebiasaan pengantin perempuan akan berjalan seayu yang mungkin sambil memegang lengan suami dan diiringi dengan pengapit di sebelah mereka.

Advertisement

Namun, lain pula untuk pengantin perempuan yang sudah mencuri perhatian netizen di TikTok ini, apabila kelihatan beliau berjalan seakan-akan ‘gangster’.

Ketika sedang berarak, pada mulanya dia diiringi oleh seorang wanita yang sedang memayungkannya tetapi selepas itu, pengantin tersebut dengan selamba meninggalkan rombongan di belakang, lalu berjalan laju kehadapan.

Hal yang membuatkan ramai terhibur adalah melihat cara pengantin itu berjalan seakan-akan ingin bergaduh, bagaimanapun selepas saja ditegur oleh si perakam, dia terus mengawal cara jalannya dan jalan bersama-sama rombongannya semula.

komen tiktok

Susulan video tersebut menjadi viral di TikTok, ia telah meraih lebih 80,000 tanda suka dan lebih 1 juta penonton yang telah menonton video terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

kak long reviu makanan
2 years ago

"Sampai 'Lingkup' Restoran.."- 'Kak Long' Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...