(VIDEO) “Bukannya Murah..” – Tetamu Datang Beraya ‘Musnahkan’ Hobi Mahal, Pemuda Rugi Ribuan Ringgit

Kehidupan

(VIDEO) “Bukannya Murah..” – Tetamu Datang Beraya ‘Musnahkan’ Hobi Mahal, Pemuda Rugi Ribuan Ringgit

Tibanya Aidilfitri, pastinya ramai sanak-saudara mengambil peluang untuk berkunjung ke rumah adik beradik apatah lagi setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut hari raya dalam suasana PKP.

Dalam kemeriahan itu, seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila set koleksi permainan mahalnya berupa patung figura telah ‘dihancurkan’ oleh tetamu yang hadir berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya.

Advertisement

Dalam perkongsian TikTok itu, lelaki yang dikenali sebagai @Leng itu telah menunjukkan keadaan patung figura yang sudah musnah dan tidak berada dalam keadaan baik.

Difahamkan lelaki itu baru sahaja pulang dari kerja dan mendapati hobi mahalnya itu telah musnah dalam sekelip mata.

Dia juga meluahkan rasa ‘frust’ apabila patung-patun permainan yang dibeli dengan harga ribuan ringgit itu sudah rosak akibat perbuatan kanak-kanak nakal.

figura musnah rayaSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada pemuda itu dan turut menasihatkan agar ibu bapa di luar sana mengawal serta memerhatikan anak masing-masing agar berkelakuan baik.

Ada juga berkongsikan pengalaman yang sama dengan pemuda itu di mana barang-barang mereka hancur musnah gara-gara ‘dikerjakan’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

kantoi curang depan mata
2 years ago

(VIDEO) "Turun Air Mata Jantan.." - Kekasih Curang Depan Mata, Beri Alasan Tolong Mak Siapkan Persiapan Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...