(VIDEO) “Bukan 1, Bukan 2 Tapi Saya Pun Tak Tahu Berapa Ramai”- Suami Kantoi Curang Dengan Isteri

Kehidupan

(VIDEO) “Bukan 1, Bukan 2 Tapi Saya Pun Tak Tahu Berapa Ramai”- Suami Kantoi Curang Dengan Isteri

Apabila mendirikan rumah tangga, banyak masalah yang perlu dihadapi bersama untuk meneruskan kelangsungan dan kebahagiaan perkahwinan pasangan. Tapi kadang-kadang masalah yang dialami sangat serius sehingga hubungan antara suami isteri tidak dapat diselamatkan.

Itulah yang berlaku dengan perkahwinan wanita yang bernama Adibatul Khadijah. Niat untuk membuat kejutan tentang kehamilannya kepada suami gagal apabila suaminya ‘kantoi’ curang.

Advertisement

Menurut dari perkongsian video di TikTok, suaminya kantoi curang apabila didapati berborak dengannya dalam loghat Sabah.

“Aku sayang kau bah…” kata suaminya dalam panggilan telefon tersebut. Adibatul atau mesra dipanggil Adiba mengatakan dia rasa keliru dengan cara percakapan suami dan cuba meneruskan perbualan dengan berkata “helo” tetapi tiada jawapan.

Adiba juga menyatakan bahawa dia kembali menelefon suami ketika itu, sambil bertanya “Siapa yang dipanggil sayang tu “, suaminya terkejut lalu terus datang ke rumah ibu Adiba.

Pada malam itu, suami Adiba jujur dan memberitahu perkara sebenar dan pasangan tersebut bercerai secara hitam putih pada 3 September 2018 di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara Puchong, Selangor. Wanita itu juga mendakwa bahawa suaminya mempunyai skandal bukan satu atau dua, tetapi mungkin lebih ramai dari itu.

Ketika lafaz cerai dibuat, suami dia tidak mengaku kandungan di dalam perut Adiba adalah milik mereka.

Sekadar info, Adiba kini bahagia hidup bersama cahaya matanya dan kini menjalankan perniagaan ikan tilapia salai segar secara atas talian.

Anak tukar nama
2 years ago

“Benci Habis Ni..”- Jadi Mangsa Penceraian, Netizen Sedih Ibu Dan Bapa Tiri Sanggup Tukar Nama Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...