(VIDEO) “Berkat Sabar” – Isteri Pernah ‘Offer’ Kahwin Lain Tapi Suami Tolak, Pasangan Dapat Anak Kembar Lepas 7 Tahun

Kehidupan

(VIDEO) “Berkat Sabar” – Isteri Pernah ‘Offer’ Kahwin Lain Tapi Suami Tolak, Pasangan Dapat Anak Kembar Lepas 7 Tahun

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nurin Dir yang berkongsi kisah kehidupannya telah membuat orang ramai sebak.

Menerusi video tersebut, Nurin telah meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabila dia gagal memberi zuriat kepada suami walaupun selepas mereka sudah menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF).

Advertisement

Malah, kekecewaan yang dirasai sehingga membuatkan dia memberi kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin lagi bagi mendapat zuriat.

Kalau abang nak kahwin lain abang kahwin la.

Namun, apa yang menyentuh hati orang ramai adalah jawapan suaminya yang menolak tawaran itu dan memilih untuk percaya bahawa perkahwinan bersama wanita lain bukanlah solusi yang sebenar dan tidak akan menjamin zuriat.

Sayang rasa kalau abang kahwin lain akan dapat anak ke? Kalau Allah cakap tak ada, tak ada la, anak ni bukan urusan kita, stop fikir bukan-bukan.

@nurinkurus

Berkat sabar? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #ttcjourney #pejuanggarisdua

? suara asli – andre – andre

Akhirnya dengan berkat kesabaran, pasangan itu telah dikurniakan bayi kembar selepas 7 tahun perkahwin mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terharu mendengar jawapan suaminya yang sabar dan setia.

Nikmatnya bersabar, cantiknya anugerah Allah swt.. tahniah sis dan husband – netizen.

Kadang-kadang Allah uji kakak abang tak ada anak awal sebab Allah nak suruh enjoy dulu nak suruh bercinta dulu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Macam Dekat India” – Netizen Geli Tengok Peniaga Pasar Malam Gaul Ayam Berempah Tak Pakai ‘Glove’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...