(VIDEO) “Berani Kerana Benar”- ‘Side Mirror’ Kena Tendang, Wanita Taknak Tunjuk ‘Dashcam’ Dikecam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Berani Kerana Benar”- ‘Side Mirror’ Kena Tendang, Wanita Taknak Tunjuk ‘Dashcam’ Dikecam Netizen

Pada zaman sekarang, setiap perkara yang berlaku selalunya akan dikongsikan di media sosial sebagai salah satu cara mendapatkan perhatian warganet ataupun digunakan sebagai salah satu medium untuk meminta tolong menyelesaikan masalah.

Akan tetapi, tidak semua yang dikongsikan akan diterima secara ‘bulat-bulat’ oleh netizen kerana kadang-kadang perkara yang di‘post’ tidak memberi sebarang bukti kukuh untuk netizen bekerjasama dengan individu terbabit.

Advertisement

Itulah yang terjadi kepada pengguna TikTok yang dikenali sebagai Intan Fazliana, di mana dia berkongsi video cermin sisi keretanya pecah akibat ditendang dengan harapan warganet akan menyebelahinya.

Menurutnya, ada motosikal yang datang dan menendang cermin sisinya serta bukti tersebut telah dirakam oleh ‘dashcam’ kereta Intan.

Walau bagaimanapun, ramai netizen berasa pelik apabila mereka meminta Intan untuk berkongsi video dashcam, tetapi pemilik video TikTok itu tidak mahu melakukan perkara berkenaan membuatkan ramai netizen menuduhnya telah melakukan kesilapan di jalan raya.

Ada juga yang berkata bahawa cerita daripada sebelah pihak tidak boleh dipercayai seratus peratus dan berharap pemilik video TikTok itu tampil lebih berani dengan berkongsi video dashcam keretanya.

sticker kereta janda
2 years ago

"Memalukan.."- Kereta Penuh ‘Sticker’ Tak Senonoh, Netizen Naik Mual Ibu Tunggal Dijadikan Simbol S*ks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...