(VIDEO) “Baru Tahu Boleh Makan” – Netizen Terkejut Wanita Redah Tasik Taiping Cari Bunga Lili Air, Siap Makan Mentah

Kehidupan

(VIDEO) “Baru Tahu Boleh Makan” – Netizen Terkejut Wanita Redah Tasik Taiping Cari Bunga Lili Air, Siap Makan Mentah

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, sat hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Huynh Mai yang sanggup travel dari Pulau Pinang ke Taiping, Perak demi mencari bunga Lili di tasik berkenaan.

Menerusi video tersebut, wanita yang teringin untuk makan bunga lili di Tasik Taiping itu turut membawa suami dan anaknya menaiki bot untuk mencari sayur liar itu.

Advertisement

Malah, dia turut menunjukkan dirinya sedang makan bunga Lili yang dipetik di tasik itu di akhir video berkenaan.

bunga lili

Nasib kau la mat salleh oi dapat bini suka makan sayur liar.

Menurut laporan Mstar, wanita yang berketurunan Vietnam itu berkata bunga lili air sememangnya antara sayur-sayuran yang sangat di gemari oleh masyarakat di sana.

Jelasnya, bunga lili ibarat kangkung di Vietnam kerana merupakan tumbuhan liar air yang biasa diambil untuk dimakan dan dijual di pasar. Malah, ianya juga dikatakan mempunyai khasiat untuk kecantikan kulit.

@mayvo93

Bunga lily air#housewife #surirumahsepenuhmasa #foryouwifey #marrigehumor #foodhunter #vietnammalaysia

? Vacation – Dirty Heads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat wanita itu menjamah bunga lili air kerana tidak mengetahui bahawa tumbuhan itu sebenarnya boleh dimakan.

Makan mentah je ke, baru tau boleh makan – netizen.

Itu hari bunga teratai harini bunga lily pulak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

(VIDEO) Isteri Mengidam Nak Makan Bunga Teratai, Netizen Kagum Pengorbanan Si Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...