(VIDEO) “Apsal Hala Rumah Aku?” – Lelaki Mengamuk Dekat Jiran Sebelah Gara-Gara CCTV ‘Pandang’ Rumahnya

Kehidupan

(VIDEO) “Apsal Hala Rumah Aku?” – Lelaki Mengamuk Dekat Jiran Sebelah Gara-Gara CCTV ‘Pandang’ Rumahnya

Kebanyakan rumah di kawasan perumahan kini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan untuk merakam segala aktiviti kecurian atau kemalangan yang mungkin berlaku.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk terhadap jiran sebelah rumah gara-gara pemasangan CCTV yang tertumpu di rumahnya.

Advertisement

Dalam video berdurasi 2 minit 523 saat itu, lelaki itu telah menyerang rumah jirannya itu pada waktu malam dan memaklumkan bahawa dia tidak suka akan CCTV yang dipasang asyik ‘menghala’ ke kediamannya.

Hampir saja bertumbuk, ketegangan antara kedua-dua pihak itu akhirnya reda setelah jiran-jiran lain datang untuk menenangkan keadaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan mengapa lelaki tersebut begitu marah memandangkan CCTV itu dipasang hanya untuk tujuan keselamatan bersama.

cctv hala rumah jiranSumber : Twitter  

Kalau aku dah berterima kasih pada jiran, dah tak perlu keluar duit pasang CCTV, sama-sama jaga keselamatan. Benda boleh bincang.

Namun ada juga yang beranggapan lelaki itu inginkan privasi dan merasakan jirannya itu patut mengubah kedudukan CCTV terbabit demi kebaikan bersama.

“Rumah ni privasi, ada anak dara atau isteri jemur baju je, aurat. Ada CCTV boleh zoom dan ikut pergerakan, memang tak selesa.” tegur seorang netizen di bahagian komen.

scammer lhdn ajak kahwin
2 years ago

(VIDEO)"Lain Macam 'Plot Twist'"- Baru Nak 'Prank' Balik, Wanita Terkejut Diajak Kahwin 'Scammer' LHDN

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...