(VIDEO) “Aniaya Haiwan!” – Tarik Penyu Ke Permukaan Air, Lelaki Ini Teruk Dikecam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Aniaya Haiwan!” – Tarik Penyu Ke Permukaan Air, Lelaki Ini Teruk Dikecam Netizen

Seperti yang kita tahu, penyu adalah antara haiwan laut yang tergolong dalam spesies terancam dan jumlahnya di serata dunia direkodkan semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Oleh itu, penyu kini diletakkan dalam kategori spesies mudah pupus atau vulnerable (VU) dan banyak usaha yang telah dijayakan bagi memastikan penyu dikekalkan sebagai khazanah laut negara.

Advertisement

Namun, baru-baru ini viral di media sosial Instagram satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang sedang menyelam bersama beberapa individu lain.

penyu

Malah, lelakit itu dilihat telah menarik seekor penyu dari dasar laut sehingga ke permukaan air bagi menunjukkannya haiwan itu kepada beberapa individu lain tersebut.

Susulan kejadian tular itu, kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Taman Laut melakukan siasatan kerana perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985. Lapor Harian Metro.

Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu.

https://www.instagram.com/p/CfYptmHDJxh/

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki itu kerana telah mengganggu haiwan terancam dan berharap dia dikenakan tindakan sewajarnya.

Tula bila nak tunjuk pandai fikir dulu la sebelum buat apa-apa sekali pun.. kan saja-saja mendapat nanti – netizen.

Kesiannya penyu tuu. Mohon pihak berwajib ambil tindakan. Salah tetap salah, aniaya haiwan,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jumpa bidan
2 years ago

Doktor Terkedu Wanita Tetap Nak Jumpa Bidan Lepas Dapat Tahu Mengandung Luar Rahim, Percaya Boleh ‘Masukkan’ Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...