(VIDEO) Aliff Syukri Menangis, Isu Rotan Anak Masuk Berita

Hiburan

(VIDEO) Aliff Syukri Menangis, Isu Rotan Anak Masuk Berita

Padah memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dihimpit dengan kontroversi panas.

Advertisement

Isu itu menjadi viral sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis ke atas Aliff sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan sekiranya terdapat kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Terbaru, Aliff nampaknya tidak dapat menahan perasaannya lagi dan memuat naik video dirinya menangis teresak-esak seorang diri apabila isu beliau merotan anaknya itu turut dilaporkan dalam slot berita utama.

Bukan kali pertama dihimpit kontroversi kerana video yang dimuat naik di media sosial, rata-rata netizen berharap apa yang berlaku kali ini menjadi pengajaran buat Aliff.

Tidak salah untuk mendidik anak dengan cara tersendiri tetapi tidak perlu untuk berkongsi semua perkara dengan umum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...