Sudah berkali-kali dikecam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya masih tidak serik untuk bergelar penyanyi. Terbaru, Aliff bakal melancarkan lagu rayanya sendiri berjudul Jom Raya gandingan bersama penyanyi Zizi Kirana.
Sempat memuat naik video ketika sesi rakaman lagu tersebut, nyanyian Aliff bagaimanapun dikritik teruk, sehingga ada yang samakan suaranya macam suara katak.
Berang nyanyiannya dikecam hebat oleh netizen, Aliff tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya. Terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai bakatnya.
Rata-rata netizen juga berpendapat bidang nyanyian tidak sesuai untuk Aliff dan lebih baik fokus kepada perniagaannya sahaja.
Mungkin benar apa yang dikatakan oleh netizen itu, memanglah ada minat untuk menyanyi tetapi kalau hanya dikecam tiada bakat, lebih baik kekalkan sahaja ia sebagai hobi. Janganlah terus menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak menghargai bakat anda.

Alep Fundan
May 29, 2019 at 11:59 am
haritu berlakon kau kata filem kau lagi hebat dari black panther. konon lakonan ko lagi power dari Robert Downey Jr. skrang ko nk bangga dgn suara ko plak? nak level2 sape plak kali ni? Sudirman? ke Patah Amin?
jakun semelai..hihiii
May 29, 2019 at 8:10 am
tolonggg laa..jgn mainkan lagu dia ni raya nanti…tolongggg laaa…tolong??gg?gggggg
jakun semelai..ooppss
May 29, 2019 at 8:02 am
sora mcm keledai..oopps
sajadiah
May 29, 2019 at 1:03 am
dia ni tak reti bahasa atau buat2 tak reti.. dh bidang seni bukan bidang kau yg kau buat jugak buat aperr..,saja cari penyakit minta dikutuk
Anonymous
May 28, 2019 at 10:56 pm
Menyanyi tu memang langsung tak ada bakat. Apa kata tukar career ke pelawak pulak. Sebab bila datuk menyanyi ke, atau buat video marah ke, buat muka kecewa ke, muka serius ke, aku tergelak sebab kelakar