(VIDEO) “Aku Tahu Dia Tengah Sedih” – Tekad Teruskan Niat Kahwin Dua, Suami Teruk Dikecam

Kehidupan

(VIDEO) “Aku Tahu Dia Tengah Sedih” – Tekad Teruskan Niat Kahwin Dua, Suami Teruk Dikecam

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan isterinya yang sedang membeli barang rombongan meminang telah mengundang perdebatan netizen.

Menerusi video tersebut, lelaki itu memaklumkan bahawa walaupun isterinya memberi izin untuk berkahwin lagi tetapi dia tahu bahawa isterinya sedang bersedih dan hatinya tidak redha sepenuhnya.

Advertisement

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi dan cuba untuk memastikan dia berlaku adil kepada isteri pertama dan bakal isteri keduanya.

kahwin

Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tahu dia tengah sedih.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan meraih 1.5M tontonan, 58.8K tanda suka, dan 8.0K koomen di laman TikTok.

@helmi_juhari

Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tgh sedih. #poligami #kawindua #sunnah

? Can We Kiss Forever? – Kina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan lelaki itu yang tetap meneruskan perkahwinan tersebut walaupun jelas mengetahui tentang isi hati isterinya.

Dia macam, “aku tahu dia sakit, biar aku sakitkan dia lagi.” – Netizen.

Walaupun tak salah untuk berpoligami, tapi aku tak sanggup sakitkan hati orang yang aku sayang,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktok
2 years ago

(VIDEO) “Suami Limited Ni” - Isteri Dah Siap Masak, Netizen Puji Lelaki Ini Selamba Bawa Bekal Lepak Dengan Member

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...