(VIDEO) Aksi Berani Hairul Azreen “Terbang” Di Escalator Dikecam Netizen

Hiburan

(VIDEO) Aksi Berani Hairul Azreen “Terbang” Di Escalator Dikecam Netizen

Selepas berita selebriti Hairul Azreen yang dibebaskan dengan jaminan polis gara-gara video beliau menembak menggunakan senapang patah tanpa lesen viral, beliau sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila video beliau melakukan aksi berani seakan terbang  di escalator mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Advertisement

Tindakan Hairul itu mengundang rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan mengapa beliau harus melakukan perbuatan tersebut yang hanya membahayakan dirinya sendiri dan mungkin juga orang awam secara  tidak langsung.

Malah, aksi Hairul itu berkemungkinan akan ditiru oleh mana-mana pihak apatah lagi beliau  mempunyai jumlah peminat yang agak ramai.

Kami tahu Hairul seorang pelakon lagak ngeri yang hebat dan gemar dengan aktiviti lasak. Walaubagaimanapun, malang itu tidak berbau dan harapnya beliau tidak akan mengulangi perkara yang sama demi keselamatan diri dan orang lain. Netizen sebenarnya bimbang sebab itu mereka tegur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...