(VIDEO) “Ada yang dah kena hujan..”- Ditegur Sebab Buang Sushi & Tak Sedekah, Peniaga ‘Explain’ Cerita Sebenar

Kehidupan

(VIDEO)  “Ada yang dah kena hujan..”- Ditegur Sebab Buang Sushi & Tak Sedekah, Peniaga ‘Explain’ Cerita Sebenar

Rezeki adalah perkara yang tidak boleh dikawal oleh manusia, rezeki datang dalam pelbagai cara dan ia bukanlah hanya pada duit semata-mata.

Kadang-kadang dalam mencari rezeki, kita kurang bernasib baik dan perkara tersebut adalah normal kerana Tuhan mungkin mempunyai perancangan lain bagi kita.

Advertisement

Itulah perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Leeyazairul_ di mana perniagaan sushi miliknya kurang laris pada hari tersebut.

Berdasarkan video berkenaan, dia menunjukkan banyak lebihan sushi yang terpaksa dibuang kerana tidak dibeli oleh pelanggan.

Namun, perkara itu tidak disenangi pengguna-pengguna TikTok, mereka menyatakan bahawa pemilik video itu sepatutnya memberi atau bersedekah lebihan makanan berkenaan kepada sesiapa yang lalu lalang atau diberikan kepada masjid.

Selepas video tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet, tuan empunya badan telah membuat penjelasan menerusi ruangan komen.

Menurutnya, ada sushi yang tidak terjual dan berada dalam keadaan baik telah pun disedekahkan. Namun, dia membuat keputusan untuk membuang lebihan sushi di dalam video tersebut kerana telah terkena air hujan.

Berharap selepas ini netizen membaca terlebih dahulu sebelum menyerang mana-mana individu di media sosial.

2 years ago

(VIDEO) "Makanan Tak Boleh 'Tapau'" - Kesal Makanan Banyak Dibazirkan, Netizen ‘Serang’ Balik Staf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...