(VIDEO) Acah Tolak ‘Stroller’ Bayi Ke Tengah Jalan Semata Nak Lintas, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) Acah Tolak ‘Stroller’ Bayi Ke Tengah Jalan Semata Nak Lintas, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, pastinya kita akan sentiasa ‘alert’ dan berhati-hati ketika memandu terutamanya apabila berhadapan dengan pejalan kaki.

Namun, tular di media sosial hari ini apabila video memaparkan seorang pemandu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut kerana tindakan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang ingin melintas jalan raya bersama-sama.

Advertisement

Difahamkan, keluarga itu ingin ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan.

Dalam 3 saat pertama, lelaki itu dilihat sudah bersedia ‘mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi ke tengah jalan raya sehingga membuatkan kereta itu terpaksa berhenti mengejut.

Yang lebih mengejutkan, lelaki itu sempat memberi isyarat tangan seperti memarahi pemandu tersebut kerana tidak memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang untuk mereka melintas jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘panas hati’ melihatkan sikap lelaki itu yang tergesa-gesa dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

FacebookSumber : Facebook  

Cuba jadi pandai sikit. Lintas macam ayam. Nyawa percuma tapi belajar la hargai- netizen

Menurut pemandu yang dikenali sebagai Ah Wen itu, dia berasa lega kerana kereta di belakangnya sempat untuk brek mengejut kerana jika tidak, pasti akan berlaku kemalangan jalan raya sekaligus menimbulkan kesesakan pula.

pengantin wanita dibelasah
6 bulan lalu

(VIDEO)"Menakutkan"- Pengantin Lelaki Belasah Isteri Kerana Bengang Kalah 'Game' Di Majlis Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...