(VIDEO) “3 Kali Dia Suap Dekat ‘Sebelah’ Tu” – Ibu Seram Tengok Anak Bagi Makan Dekat ‘Kawan Misteri’

Kehidupan

(VIDEO) “3 Kali Dia Suap Dekat ‘Sebelah’ Tu” – Ibu Seram Tengok Anak Bagi Makan Dekat ‘Kawan Misteri’

Kalau ada anak kecil di rumah pasti sentiasa terhibur dengan gelagat mereka yang lincah dan aktif ketika membesar.

Namun, kalau tunjuk perangai yang aneh-aneh atau ‘misteri’, barangkali ibu bapa pun naik takut juga kan? Orang tua-tua kata budak kecil ni selalunya boleh nampak makhluk ghaib di sekeliling, hijab terbuka katanya.

Advertisement

Seorang wanita bergelar ibu @nisdorli baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman melayan anak lelakinya yang seolah-olah sedang menyuap makanan pada seseorang di sebelahnya.

Video berdurasi 17 saat itu bukan sahaja membuatkan ibunya sendiri berasa seram, tapi mungkin netizen lain juga ‘meremang’ dengan tindakan si kecil itu yang kini baru berusia 5 tahun.

Jika dilihat dari mata kasar, seperti tiada sesiapa berada di sebelah budak lelaki itu namun ketika menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa terlihat seorang budak perempuan sedang mendampingi anak wanita itu.

Cantik budak perempuan sebelah dia. – netizen

Menerusi hantaran terbaru wanita itu, dia ada menunjukkan anaknya itu melukis gambaran ‘kawannya’. Agak menyeramkan sebenarnya apabila lukisan budak lelaki itu menunjukkan sesuatu kelibat bermata merah dan seperti mempunyai jahitan di bahagian mulut.

Budak lelaki entiti suap Sumber : TikTok 

Sehubungan itu, ramai pengguna media sosial meminta si ibu berkenaan untuk membawa anak lelakinya itu mendapatkan rawatan perubatan Islam supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

BACA: (VIDEO) “Adakah Kahwin Paksa?” – Pengantin Lelaki Pegang ‘Phone’ Atas Pelamin Undang Persoalan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Hmm

    February 23, 2022 at 11:43 am

    Aku yg da tua ni pun pernah kena tau ..sorg budak pegang tangan aku masa aku hantar family nk p Umrah ..ada benda numpang Kat aku .jadi yg tk caya tu duk diam diam tkyah nk ckp org bodoh sgt .kl kena Kat barang hidung hang baru hang tau..

  2. Anonymous

    February 23, 2022 at 11:17 am

    Saya pernah alami situasi seperti ini di mana anak saya bercakap dan bermain seolah-olah ada teman di sebelah nya. Bila saya bawa dia berubat jumpa ustaz, ustaz ada beritahu anak saya ditemani anak jin lelaki yg berusia 8 tahun. Selepas berubat Alhamdulillah anak saya sudah sembuh dan tidak lagi berperangai pelik.

  3. anonymous

    February 22, 2022 at 5:25 pm

    percaya tahyul ,so bodo thats normal most of the kids ada ‘imaginary friend’

    • tak suka bodohkan org

      February 22, 2022 at 11:32 pm

      tak kene dekat diri sendiri bole la kata tahyul. benda ni mmg wujud, mmg ada… siapa dah kene je tahu.. drp membodohkan org lebeh baik diam.

Loading...