Written by Bella | July 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Hael Husaini mempunyai seorang anak angkat perempuan yang cukup comel iaitu Helena.  Hael juga sering memuat naik foto beliau dan anaknya yang cukup beliau sayangi dan manjakan.

Namun, sejak beberapa hari lalu ada netizen yang mula mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan anak angkatnya itu apabila kanak-kanak itu dewasa nanti. Pelbagai pendapat yang diutarakan sehingga tercetus sedikit perbalahan di kalangan netizen.

Susulan isu terbabit, seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Mohd Safwan Syafiq telah tampil memberikan penerangan yang jelas tentang tentang hukum aurat dan bersentuhan antara Hael dan Helena.

Jika si lelaki itu belum berkahwin dan anak perempuan tersebut tidak disusukan oleh isterinya (jika dia berkhwin selepas itu) sebelum berumur dua tahun (atau pun dalam tempoh dia masih menyusu) sehingga 5 kali kenyang secara berasingan, maka hukum aurat dengan anak tersebut apabila dewasa sama seperti seorang perempuan dengan lelaki asing (bukan mahram).

Namun, jika dia berkahwin selepas itu, hendaklah isterinya menyusukan anak tersebut hingga 5 kali kenyang sebelum umur dua tahun (atau pun tempoh menyusu), maka hukumnya adalah mahram muabbad (selama-selamanya).

Ada pun jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara. Hukum ketiga ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu.

Kami harap dengan penjelasan ini, masyrakat akan lebih memahami tentang aurat antara bapa angkat dan anak angkat perempuannya.  Tidak perlu berbalah lagi ya, malah Hael juga sudah mengatakan beliau sering merujuk ustaz untuk besarkan Helena.

Sumber Berita : mStar Online

36 responses to Ustaz Jelas Hukum Aurat Hael Husaini Dan Anak Angkat Perempuannya

  1. nok gebuzzz says:

    jarang ada lelaki bujang nak ambil anak angkat..kira hael ni penyayang la orgnyer…harap2 sayang hael x berubah walaupon dah kawin n ada anak sendiri.

    8

    0
  2. Anonymous says:

    hael dah kene start cari bini sblm helena masuk 2thn

    5

    0
  3. Anonymous says:

    ulg2 baca smpai kali ke 4 nk fhm..tetiba hp berdering…baca then baca lagi…ada lagi gangguan..
    mcm nk nk hadam..dn nk beri komen..

    1

    0
  4. Anonymous says:

    Hmmm opkos hael dah siasat hukum aurat ni. Korang ni pun…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Hael dah boleh ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu.

    18

    0
  6. melati says:

    Semua Ustaz jer btol…. Ustaz yg boleh percaya Ustaz masa saya sekolah dulu…!!

    1

    0
  7. Zozo says:

    Kenapa x ambil ank angkat lelaki…

    12

    0
    • fifi says:

      itula pasal. Hmn, dah lelaki patut betterlah amik anak angkat lelaki. Senang cite kan. huhu

      9

      1
    • Anonymous says:

      x jugak.. if dia kawin kena jg gak batas aurat isteri n anak angkat lelaki dia bila dah dewasa.

      0

      2
      • Wateverr says:

        Tp umur bini dia nanti dgn anak angkat lelaki jauh beza.. bila anak angkat dah baligh mebi bini dia pon dah mcm makcik2.. kes hael ni lain.kalo dia dah kawen esok n bini dia x sempat menyusukan bdk ni, maka dah besar nnt hael boleh bernikah pulak dgn budak ni..tak gitu? Dok satu umah dgn anak dara? Camana tu. Paham x maksud aku

        3

        1
        • Anonymous says:

          hael dah bagi statement kan sebelum ni kata dia akan minta kakak dia susukan anak angkatnya ini. so anak angkat dia akan jadi anak susuan kepada kakak dia. so hukum dia samalah nanti dengan bapa sedara and anak sedara. kira mahram lah.

          1

          0
        • lalalalalalala says:

          tapi nanti kalau dia ada anak, anak dia boleh kahwin dengan helena ni. Still susah jugak.

          0

          0
        • Anonymous says:

          bukan adik beradik hael semua laki ke? kalau kakak ipar boleh ke?

          0

          0
    • nebula says:

      Hael pernah explain yg bukan dia xnak amik anak lelaki tp orang yg bagi baby helena kt dia. Dia terima sbb dia kesian and dia nak jaga betul2. Dia xkisah pn laki ke pompuan baby tu.

      4

      0
  8. Anonymous says:

    Jln penyelesaian yg terbaik hael jadikn halena tu menyusukn bdn adik atau kakak hael..barulh dikira anak saudara susuan..mmg halal dunia akhirat..tak pun kalau umur mak hael muda lg boleh jgk jadi ibu susuan dan jadilh ia adik beradik sesuan…

    18

    0
  9. anonymous says:

    Tak comel

    4

    9
  10. xtau nama says:

    mungkin dah diberi kan susu oleh kakak or adik hael

    0

    0
  11. xtau nama says:

    mungkin dah diberi susu oleh kakak or adik hael

    0

    0
  12. anonymous says:

    dah tau kunyit tak leh kawin, ambil lah anak angkat laki tu pun tau ka…bengong

    1

    2
  13. Mercurious says:

    tup2 jodoh la plak..bagus la jaga jodoh sejak dari kecil hihi

    4

    0
  14. WickEd says:

    Ini pun jadi hal rakyat msia…productive nye…dia ambik budak ni mungkin dah tgok kesian bukan kenapa dia tak ambik budak lelaki le apa la…aku rasa dia rasa belas kat budak ni dan mungkin dia dah selidik la hukum hakam ni…

    1

    0
  15. faizah CM says:

    korang ingat nak amik anak angkat boleh main pilih2 ke?

    0

    0
  16. mak cute says:

    ustaz x nak tegur SAJAT ke…dia pun amik anak angkat pompuan…konpius bdk tu sok nak pggl mama ke papa…

    0

    0
    • Wateverr says:

      Kann.kesian budak2 tu.. konfius depa. Anak aku umur 5 tahun tertengok gambar sajat pon boleh tanye ‘eh kenapa boy ni macam girl??’ Kahkahkah.. anak aku pon tau sajat tu jantan..

      0

      0
  17. Ustaz no 1 says:

    Ustaz paling ramai buat onar suka sesama jenis lg.dah banyak kes ustaz2 nie yg suka main budak asrama leleki.Artis setakat nie belum lagi aku dengar.Jadi USTAZ sila tarbiah dulu ustaz2 yg songkok lebai tak lekang kat kepala diMalaysia nie.Kau ingat SiHael nie asal perempuan je terangsang ke?hanat

    0

    0
  18. Anonymous says:

    USTAZ hari nie 25072018 ada berita seorang USTAZ mencabul murid2nya semasa mengaji Al Quran.USTAZ artis tak nak keluarkan hadis2 ke?

    0

    0
  19. Anonymous says:

    USTAZ hari nie 25072018.Seoarang penceramah AGAMA bebas merogol seorang gadis dirumahnya.Kejadian bila dia bawa pulang untuk makan semasa isteri dan anaknya tiada dirumah.kejadian diseremban.USTAZ artis tak nak komen ke?Meroyanla sikit.

    0

    0

Leave a Reply to Wateverr - Cancel

Optional