Ustaz Ebit Lew Syukur 10,000 Helai Kurta Telah Siap

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Syukur 10,000 Helai Kurta Telah Siap

Mengakui pernah berdepan pelbagai ujian sebelum ini, pendakwah Ustaz Ebit Lew zahir rasa syukur apabila butik miliknya Elew’s Design mendapat tempahan luar biasa.

ebit lew

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman instagramnya, beliau yang tidak putus menerima tempahan daripada pelanggan sejak minggu lalu difahamkan terpaksa mencari seramai 100 orang tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Lebih menarik, Ebit juga kini memaklumkan bahawa sebanyak 10,000 helai pakaian kurta telah pun siap untuk dijual kepada pelanggan.

Menurutnya, jumlah produksi pakaian sebelum ini sudah habis dibeli pelanggan malah beliau juga telah menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara dalam talian.

ebit lew

Ebit yang kelihatan amat syukur itu turut berterima kasih kepada pengikutnya atas segala sokongan yang diberikan.

Tambahnya lagi, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pembelian hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja kerana butiknya ditutup buat sementara waktu.

Selain mendoakan kesejahteraan pendakwah ini agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam melakukan kerjanya amalnya, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita berkenan dan kelihatan tidak sabra untuk membelinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...