Ustaz Ebit Lew Redah Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Redah Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing

Kemurahan hati pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai. Dia antara insan yang aktif menyampaikan sumbangan buat mereka yang ditimpa kesusahan atau kesempitan hidup ketika tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai yang hilang sumber pendapatan dan terpaksa mengikat perut.

ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Advertisement

Ingin membantu sesiapa sahaja tidak kira bangsa atau agama, baru-baru ini Ustaz Ebit  turun padang meredah tapak pembinaan untuk menghulurkan bantuan buat warga asing yang turut tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, pendakwah itu meluahkan rasa kasihan apabila mendengar ramai pekerja warga asing  sudah putus asa dengan hidup, tiada pendapatan dan tiada bekalan makanan.

ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Lebih menyedihkan, ada yang mempunyai bayi kecil dan terpaksa hidup bersesak di tapak pembinaan.

Ingin meringkan beban mereka, Ustaz Ebit telah mengagihkan puluhan kampit beras serta set keperluan makanan lain beserta lampin untuk mereka meneruskan kehidupan.

ustaz ebit lew sumbangan warga asing ustaz ebit lew sumbangan warga asing ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Usaha murninya itu mendapat perhatian netizen yang mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit yang tidak pernah pilih kasih dalam menghulurkan bantuan walaupun mereka semua adalah warga asing.

Semoga segala urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki. Harapnya apa yang dilakukan olehnya akan dapat memberikan inspirasi buat orang lain membantu golongan susah di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...