May 22nd, 2020

Siapa tidak kenal Ustaz Ebit Lew yang kini semakin mendapat perhatian ramai ekoran sikap mulianya membantu orang. Tidak kira bangsa mahupun agama dirinya tetap ringan untuk menghulurkan bantuan.

ustaz ebit lew

Namun begitu, masih wujud segelintir pihak seakan tidak senang melihat Ebit berbakti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memelukan.

Advertisement

Perkara tersebut mendapat perhatiannya sehingga Ebit terpaksa bertindak mendedahkan sumber pendapatannya apabila timbul pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak berkenaan kekayaannya.

Malah golongan ini juga seakan mempersoalkan dari mana pendakwah itu mendapat duit sebegitu banyak sehingga ada yang mendakwa dirinya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.

Meskipun dilanda pelbagai tomahan, Ebit langsung tidak patah semangat. Beliau yang mempunyai 3 cawangan restoran  dan mempunya butik pakaian itu turut meluahkan hasratnya yang mahu membuka 10 cawangan pasar raya barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

Ebit bagaimanapun turut berkongsi perkara tersebut bersama pengikutnya di laman Instagram, malah turut memohon doa orang ramai supaya niatnya itu akan tercapai dan menjadi asbab kebaikan.

“Pohon doakan niat baru ini. Doa ramai orang dan sokongan semua. terima kaseh yer selama ini mendoakan. ALLAH sahaja membalasnya. Allah sayang.”

Perkongsian yang mendapat ratusan ribu tanda suka itu dibanjiri pelbagai reaksi malah di ruangan komen rata-rata pengikutnya tetap menyokong hasrat pendakwah berkenaan serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Ustaz Ebit Lew Ustaz Ebit Lew Ustaz Ebit Lew

Advertisement

3 responses to “Ustaz Ebit Lew Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya”

  1. Mokchik says:

    Insyaallah..berkat Ramadhan, sy doakan impian ustaz dikabulkan. Sama2 bantu ekonomi muslim, agar dpt bantu muslim yg lain. Keep a good work, ustaz. Amiin..

  2. Anonymous says:

    Alhamdulilah. Akhirnya Ada pasaraya yang menjual produk muslim.

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    semoga Allah kabulkn rancangan ustaz nak bukak lagi cawangan…teruskn perjuangan ustaz ..oh ye ustaz jangut ustaz tu boleh trim sikit tak kasi pendek ..

Leave a Reply to minah jambu say STAY AT HOME !! Cancel reply

Loading...