Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat ‘E’ Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Hiburan

Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat ‘E’ Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Mendedahkan ramai yang tampil mengaku sebagai kenalan rapat semenjak dirinya mula dikenali sebagai penyanyi, Usop memaklumkan bahawa perkara itu terlalu kerap berlaku kepadanya sehingga wujud segelintir pihak yang tidak segan mengaku mereka mempunyai pertalian darah dengan peserta program nyanyian Big Stage 2020 ini.

Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat 'E' Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Advertisement

Ujar Usop, terlalu kerap berdepan dengan situasi seperti itu, beliau kini juga telah menggap ia seakan perkara biasa.

“Benda tu dah selalu sangat dah saya lalui.. sampai saya sendiri dah terbiasa. Kadang-kadang bukan adik beradik pun, dia mengaku adik beradik. Apatah lagi sejak saya menyertai pertandingan ini.”

Dalam pada itu, Usop juga sempat berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek Bahasa Inggeris.

Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat 'E' Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Menurut Usop, beliau akui dirinya tidak bernasib baik dalam pelajaran lalu memilih bidang nyanyian kerana minat.

“Keputusan SPM saya untuk Bahasa Inggeris E.

Tambahnya lagi, beliau juga akan “buat-buat” faham sahaja andai ada dalam kalangan artis bersembang menggunakan bahasa Inggeris. Katanya untuk berkomunikasi dengan bahasa itu agak sukar kerana beliau tidak petah berbicara dengan Bahasa tersebut.

Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat 'E' Dalam Subjek Bahasa Inggeris

“Kalau kawan-kawan artis sembang, saya akan buat-buat faham dan hanya mengangguk. Saya Cuma faham sikit-sikit bila orang cakap tapi tak pandai nak balas balik. Saya dulu hari-hari pergi sekolah tapi tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran.”

Terdahulu, Usop mendedahkan beliau langsung tidak patah semangat biarpun kerap dilabel sebagai penyanyi kampung yang tiada “rupa” malah akui tidak adil meletakkan rupa paras sebagai ukuran, sebaliknya tidak segan memaklumkan bahawa bakat merupakan aset paling penting untuk seseorang penyanyi.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...