“Usaha, Jangan Malas!” – Dato’ Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan PKP

Hiburan

“Usaha, Jangan Malas!” – Dato’ Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan PKP

Menerusi akaun rasmi TikTok usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menasihati orang ramai yang meminta bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika ini untuk berusaha mencari sumber rezeki.

Nourul Depp
3 years ago

Lelong Cincin Nikah, Nourul Depp Hulur Bantuan Dengan Cara Tersendiri

Advertisement

Di dalam video hantaran tersebut terlihat Dato’ Vida sedang singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil di kawasan perumahannya sambil menjawab pertanyaan daripada seorang pengikutnya yang ingin memohon bantuan makanan.

Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200 – RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap. Saya singgah ni sebab bersih.

@datoserividaofficialReply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..##fyp ##viral ##pkp ##malaysia ##datoserivida

? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Video yang berdurasi kurang daripada seminit itu menunjukkan Dato’ Vida tidak mahu golongan ini terlalu mengharapkan bantuan bendera putih yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai baru-baru ini.

Dato' Seri VidaSumber : Instagram Dato' Seri Vida  

 

Meninjau di ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata menganggap Dato’ Vida umpama menyindir golongan-golongan yang memang memerlukan bantuan itu, namun ada juga yang mengambil nasihat Dato’ Vida dari sudut positif.

Dah-dah lah tu. Jangan letakkan diri orang lain tu malas. Cuma rezeki tak ada je. Jangan ingat diri tu sentiasa diatas boh.

Lahh hai duk komen negatif. Orang tu suh usaha je. Betul lah apa dia kata. Lainlah yang betul-betul susah tu lain lah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...