Umum mengetahui betapa anak-anak pelakon Rita Rudaini merindui belaian dan kasih sayang bapa mereka, Aidil Zafuan. Rita juga tidak pernah menghalang bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak-anak.
Namun, sehingga hari ini masih ada lagi pihak yang tidak henti melagakan Rita dan Aidil sehingga anak-anak menjadi mangsa.
Agak sedih mengenangkan apa yang terjadi hanya kerana hasad dengki orang lain, Rita berpesan kepada anak-anaknya untuk terus berdoa dipertemukan dengan bapa mereka. Jika tidak di dunia, doa banyak-banyak agar dapat bertemu di pintu syurga.
Terdahulu, Aidil menerusi IG Live memberitahu beliau bersedia untuk menemui anak-anaknya, namun pertemuan itu sehingga hari ini belum berlaku lagi.
Rita dan Aidil berkahwin secara rahsia di Thailand pada Disember 2008 dan sah bercerai pada 5 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Selepas itu, Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki.