Ura-Ura Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

Hiburan

Ura-Ura Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

Gara-gara tersebarnya sebuah foto notis muflis yang tertera nama Elfira Loy, pelakon itu dihimpit dengan pelbagai persoalan adakah benar beliau sudah bankrap dan lari dari bayar hutang? Tidak mahu lebih banyak lagi spekulasi liar mengenai dirinya terus diperkatakan, Elfira tampil dengan respon balas terhadap isu tersebut.

Advertisement

Menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya, Elfira memberitahu ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuklah menyebarkan fitnah.

Walaubagaimanapun, beliau menganggap setiap dugaan itu membuatkan dirinya lebih matang.  Hanya mampu mendoakan yang terbaik dan pasti setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Jika betul ada rasa tidak puas hati terhadap Elfira, tidak perlulah sampai hendak memfitnah dan menjejaskan imejnya. Cuba selesai elok-elok dengan cara yang lebih matang. Kepada Elfira pula, harapnya anda bersabar dengan dugaan ini, inshaAllah akan ada perkara yang lebih baik buat anda selepas ini.

Kredit Foto : jb_ammar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...