Kemesraan dan senyuman yang terukir di wajah Uqasha Senrose ketika bersama Ben Amir di dalam foto yang dimuat naik di Instagram menimbulkan tanda-tanya adakah mereka ini sedang menjalin hubungan istimewa? Rata-rata netizen juga setuju bahawa mereka berdua sangat sepadan bersama.
Menafikan mereka sedang menyulam cinta, Uqasha bagaimanapun mengakui beliau rapat dengan Ben dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Paling penting beliau cukup selesa berkawan dengan Ben dan dapat menjadi diri sendiri apabila bersama jejaka itu.
Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Jadi, apa salahnya saya beri peluang kepada diri sendiri untuk kenal orang baharu. Perkara ini berlaku pun bukan dirancang. Saya tidak menjangka kami akan berjumpa semula selepas dia berlakon dengan adik saya, Nelydia.
Kami kemudian berkawan rapat selepas menyedari ada keserasian antara kami. Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri. Tak perlu nak berhias berlebih-lebih kalau keluar dengannya berbanding sebelum ini. Biasalah, kalau kita sukakan seseorang itu kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik. Namun, apabila dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia tidak merungut pun.
Ditanya adakah beliau akan menerima Ben sebagai teman lelakinya satu hari nanti, Uqasha hanya mampu tersenyum dan meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
dr zaman pekin, syafiq kyle, hefny sahad, tengku bakar sume tajuk same je.. huhu
oh dia penah dgn syafiq kyle eh?
ya nyaaahh
aiyoooo ramainya tupperware dia
ko tetinggal sorg lagi iqram dinzly. diorg penah bercuti sama2 kat thailand siap bukak tudung lagi
Aq just nak tahu bila dia nak kawen..tu je..
kapel la sementara masih cantik.. sementar masih ada yang mahu.. nanti2 dah 40 50 time tu mesti ralat sebab kecantikan dah pudar dan laki pon dah tak pandang
melainkan dh kaya-raya, ada yg mahu ye..ada contoh, byk dh
elok2 pakai tudung..buka plak..bertukar2 pasangan..apa nak jadi ngan artis sekarang..cr publisiri murahan
Ben Amir ni iras Lisa Surihani..Lisa versi lelaki..
Semua dia nak rasa minah ni..
Sian mamat nie…. jilat bekas orang….
bekas x ape..jgn org punya sudah..
Ko ngata aku yer??
Aku x amik Ude, Ude yg nak kat aku tau….
jap..bila dia clash dgn hefny?? haha
sebelum kes dia eksiden sebab pil khayal tu dia dah clash dgn hefny…masa dia eksiden tu hefney dah awal2 cakap jgn tanya dia apa2 coz dia dah xada apa2 hubungan dgn Uqasha..
awal tahun ni… tupperware ramai orang dah ni
hensem
saya peminat lakonan Ben amir,bila tau bercinta dgn minah ni,hilag selera la nk tgok..
kesian budak lelaki ni……….. Ude dia tak nak ke
kesian kamu uqasya..jantan ni nak merasa engkau jer kot..sorang pun tkda yang serius,
playgirl aje dia ni ….errmmm
masa dgn hefny ckp “sebelum ni saya tak pernah mengaku bercinta dgn mana2 lelaki.. tapi dia lain” saya mengaku bercinta dengan dia…ohhhh please qashaaaaa
bkn ke ben amir ni dulu bercinta dgn kerabat ape tah. ade aviation company
kesian uqasha ni..
harap ude wahid sudi la amik uqasha ni jd wife no 2…
die je satu2 nye lelaki yg mampu membahagiakan uqasha.
aku yakin sgt kehidupan izreen-ude-uqasha akan bahagia
seriously semua lelaki handsome sikit semua nak try kah?
why ben pilih dia ,
sedih lah aku,,
:(