‘Upload’ Video Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Baru, Netizen Perli Janna Nick Buat Gimik? – “Tahu Dah, Pura-Pura Putus”

Trending

‘Upload’ Video Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Baru, Netizen Perli Janna Nick Buat Gimik? – “Tahu Dah, Pura-Pura Putus”

Sejak beberapa minggu yang lepas, nama pelakon dan penyanyi Janna Nick menjadi bualan ramai selepas hubungan cintanya bersama Dini Schatzmann didakwa putus di tengah jalan.

Gara-gara memuat naik hantaran di Instagram pada November lalu, peminat membuat andaian bahawa pasangan tersebut sudah tidak lagi menjalinkan hubungan cinta.

Advertisement

Janna Nick
1 year ago

"Dah Berakhir Untuk Selamanya.." - Hubungan Cinta Janna Nick & Dini Schatzmann Putus Di Tengah Jalan?

Kali ini, Janna ada memuat naik video menunjukkan rakannya yang juga penyanyi, Nabila Razali menyanyikan single terbaru bertajuk Mentari Setia.

Thank you sahabat. Thank you sebab ada di waktu aku down. Love you, bella.”

Janna turut meluahkan rasa syukur dengan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua serta memaklumkan dia bakal berkongsi video sesiapa yang membuat cover menyanyikan lagu tersebut.

Namun begitu, menerusi ruangan komen sesetengah netizen dilihat menyindir Janna kerana didakwa membuat gimik tentang perpisahannya dengan Dini hanya kerana mahu mengeluarkan single baru.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan positif terhadap Janna agar dia bersabar dengan apa yang baru berlaku terhadapnya dan Dini.

Selain itu, segelintir netizen memuji lagu terbaru Janna dan liriknya yang dikatakan begitu mendalam serta ada yang berkata mereka suka dengan cover daripada Nabila Razali itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...