Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang lelaki yang dilihat menggayakan pakaian berjenama bernilai lebih dari RM40 ribu tetapi gaya pemakaiannya telah dikritik oleh para netizen.
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Azwari Azmi itu turut menyenaraikan harga setiap barang berjenama yang dipakainya ketika keluar berjalan.
Sehingga kini, video yang dimuat naik Azwari telah meraih tontonan sebanyak 2.4M, 64.2K tanda suka dan 14.8K komen di laman TikTok miliknya.
My outfit today at Genting Highland.. over 40k.
Namun, meninjau diruangan komen rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga yang mengatakan pemakaiannya masih kelihatan murah walaupun jumlah keseluruhannya mahal.
“Mintak maaf cakap bang. Tapi still nampak macam pasar malam,” tulis seorang netizen.
@sifuwawa My outfit today at Genting Highland.. over 40k..#viral #fyp #fyp? #foryou #foryoupage
Dalam pada itu, ada sesetengah netizen pula menasihati lelaki itu untuk mendalami dunia fesyen bagi menampakkan pemakaiannya mahal seiring dengan harga. Malah, ada juga yang menyarankan untuk mengupah stylist dengan duit yang telah dilaburkannya.
“Bro serious talk, spend duit upah stylist please. Tak mahal pun, kata kaya,” tulis seorang pengguna TikTok.
terkomen
February 17, 2022 at 9:51 am
dia mcm ni..mungkin baru jd kaya kot…so batak skit sbb org2 kaya ni dia x menunjuk…sbb tu ble org tgk mcm fake…hahaha
anonymous
February 17, 2022 at 8:32 am
bro bapok