Upah Jurugambar Ambil Foto Di Mekah Bukan Tujuan Untuk Berlagak – Che Ta

Hiburan

Upah Jurugambar Ambil Foto Di Mekah Bukan Tujuan Untuk Berlagak – Che Ta

Baru-baru ini, ada artikel dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi menegur trend sesetengah pihak yang menjadikan kota suci Mekah sebagai tempat untuk berfesyen dan bukannya fokus kepada ibadah.

Advertisement

Ramai pula yang mengaitkan nama pelakon Rozita Che Wan dalam hal berkenaan. Iyalah, umum mengetahui beliau mempunyai jurugambar peribadi setiap kali bercuti ke luar negara termasuklah ketika beliau mengerjakan ibadah umrah.

Namun, Che Ta sedikit pun tidak terasa hati dengan isu tersebut. Menurut Che Ta, setiap foto yang dimuat naik ketika umrah hanyalah sekadar kenangan dan tidak bertujuan untuk berlagak.

Pada saya, artikel itu sekadar mengingatkan dan tidak memetik nama mana-mana artis jadi tidak terasa pun. Agak pelik juga bila orang terfikir nama saya seorang sedangkan ramai lagi artis yang pernah ke sana.

Niat saya memuat naik gambar kenangan di Mekah dengan harapan ia memberikan motivasi kepada mereka yang belum pernah sampai dan mengubat kerinduan pada ingin mengunjungi rumah Allah itu sekali lagi.

Harapnya dengan penjelasan Che Ta ini tiada lagi pihak yang salah sangka. Bagus juga Che Ta berkongsi foto ketika di Tanah Suci, ia boleh memberikan semangat untuk orang lain menjejakkan kaki ke Mekah dan dapat beribadah dengan tenang di sana.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...