Undi 86 Juta Jadi Tanda Tanya, Netizen Tak Puas Hati Janna Nick Menang ABPBH34

Hiburan

Undi 86 Juta Jadi Tanda Tanya, Netizen Tak Puas Hati Janna Nick Menang ABPBH34

Dalam kegembiraan merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34), kemenangan Janna Nick seolah-olah tidak diiktiraf netizen apabila ada yang mempersoalkan mana datangnya bilangan 86 juta undian yang diperoleh pelakon itu.

Janna Nick dan dini
2 years ago

Dah Macam Kim Kardashian Dan Squid Game, Fesyen Janna Dan Dini Jadi Tumpuan Peminat

Advertisement

Persoalan tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial Twitter di mana ada yang melahirkan rasa kurang senang dengan angka 86,374,777 undi yang diterima Janna.

Bukan sahaja netizen, tetapi Janna sendiri juga menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan luar biasa itu.

Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ini, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astagfirullahalazim. Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot.

Janna yang juga merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular menganggap kejayaannya itu juga hasil daripada kerja keras kelab peminatnya yang dikenali sebagai Janna Nicker.

Terdahulu, media sosial terutamanya Twitter kecoh seketika apabila ada di antara pengguna aplikasi tersebut hairan bagaimana Janna boleh meraih undi sebanyak itu meskipun penduduk Malaysia hanya mempunyai penduduk seramai 32 juta orang selain beberapa siri kontroversi sebelum ini.

Komen twitterSumber : Twitter 

Dalam pada itu, Janna berkata kejayaannya itu akan menjadi pemangkin serta pembakar semangat untuk dirinya terus berjuang dalam bidang seni.

“Saya nak buang Janna Nick yang dulu, yang selalu terpalit dengan kontroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya.” jelas Janna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...