‘Unboxing’ Barangan Bayi, Peminat Rancak Teka Tarikh Kelahiran Bayi Sulung Neelofa Dan Haris

Hiburan

‘Unboxing’ Barangan Bayi, Peminat Rancak Teka Tarikh Kelahiran Bayi Sulung Neelofa Dan Haris

Meskipun tidak pernah mengumumkan secara rasmi mengenai kehamilannya kepada umum, selebriti terkenal Neelofa kembali mencuri perhatian peminat apabila dia ada berkongsi beberapa produk barangan bayi yang diterimanya baru-baru ini.

Neelofa turut berkongsikan mengenai sesi ‘unboxing’ itu di laman Instagram untuk tatapan peminat di media sosialnya.

Advertisement

Dalam video Instagram Stroy miliknya, usahawan itu difahamkan telah menerima beberapa kotak yang mengandungi barangan keperluan bayi seperti baju dan tisu lembap.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada produk itu diberikan sebagai hadiah atau dibeli sendiri oleh selebriti terkenal itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat nampaknya semakin rancak meneka tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular itu bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ada juga yang mendoakan agar setiap urusan kelahiran bayi bekas pengacara program hiburan meleTOP itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Neelofa Haris Mahkamah
2 years ago

Susulan Kes Langgar SOP, Neelofa Dan Suami Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Dari Semua Pertuduhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...